Penyanyi Datuk Nash cedera selepas kenderaan dinaikinya terbabit dalam kemalangan di kilometer 250.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Seremban, pada Selasa.<br />Vokalis kumpulan Lefthanded itu dengan nama sebenar Jamaludin Elias, 62 tahun, mengalami kecederaan di bahagian muka dan mengadu sakit di dada dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu.
